zwani.com myspace graphic comments

Saturday, March 7, 2009

PERLUKAH IANYA DILAFAZKAN


CINTA adakalanya tidak perlu dilafazkan...


Jom ikuti kisah dalam sebuah cerita...


Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka;


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?


Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!


Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata: "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.


Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.


Surat tersebut berbunyi begini : "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

PEREMPUAN VS MUSLIMAH

PEREMPUAN

Apabila teruna memerhatikan dikau,
Kau membalas renungan matanya

Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau datang berpuluh langkah

Pabila teruna memujuk rayu,
Kau lemah dalam pangkuannya

Pabila teruna memberi harapan,
Kau hanyut dalam angan langkah


MUSLIMAH

Pabila teruna memandang dikau,
Kau tunduk mengelak panah syaitan

Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau berundur beribu langkah

Pabila teruna memujuk rayu,
Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan

Pabila teruna menutur harapan indah,
Kau yakin janji-Nya lebih bahagia di sana

Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak semudah itu...

BENCI VS SAYANG

Bila SAYANG pd si dia,
Sayangilah hnya sekadar shja,
Kerana mungkin d hari muka,
Kau akn membncinya pula,
Rsa syg pd manusia sentiasa diduga,
Kekadang berubah, membwa nestapa,
Jd bersederhanalah..

Bila BENCI pd si dia bencilah sekadar shj,
Kerana mgkn di hari muka,
Kau akn menyayanginya semula,
Beginilah jiwa manusia,
Penuh pancaroba,
Sentiasa tertanya arahnya ke mana,
Nasibnya di dunia..

Kasih syg yg tak terhingga hanya untuk
YANG MAHA ESA
Tiap masa di mana sahaja ingt pdNya sentiasa
Cinta kitakan dibalasNya cinta tak terhingga
Ketenangan jiwa kesenangan dunia..

Catatan Hati Si Penulis :
Bila kita merasakan hati penuh dengan sayang, semua perkara akan kelihatan indah dan cantik. Apabila hati penuh dengan kebencian, semua perkara dipandang buruk dan sentiasa membawa keburukan.
Mungkin sahaja apa yang kita sayangi, bukan yang terbaik buat kita. Dan mungkin sahaja yang kita benci adalah yang terbaik untuk kita. Jadi, bersederhanalah dalam segala hal.

WASIAT BUAT ISTERI TERCINTA


Dengan nama Allah, Tuhanku dan juga Tuhanmu, aku mulakan bicara ini. Selawat dan salam yang berkekalan selamanya buat Rasulullah, ahli keluarga baginda yang disucikan Allah dan para sahabatnya yang dimuliakan.


Sayang...


Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya kita lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak akan berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan. Namun jalannya tidaklah senang sekiranya tanpa petunjuk Tuhan yang memandu arah agar ditemui jalan kerdhaanNya.


Sayang...


Binalah kehidupan ini atas dasar cinta. Cinta yang mendambakan keredhaan Tuhan. Hiduplah dalam cintaNya, nescaya engkau akan dijemput untuk menemuiNya dengan penuh kecintaan. Berilah hatimu itu ruang untuk diisikan dengan cintaNya. Cinta yang ingin meraih sebuah pertemuan dengan Sang Kekasih Yang Maha Mulia. Cinta yang menyibukkan jiwamu dengan kerinduan yang tulus tidak pernah padam.


Sayang...


Tidak diketahui bilakah telah Tuhan noktahkan penghujung kehidupan ini. Ia adalah rahsia daripada rahsia- rahsia Tuhan yang tersembunyi. Oleh persiapkanlah dirimu dengan segala perbekalan amal untuk sebuah perjalanan yang jauh. Aturkan urusanmu dengan Tuhanmu nescaya Dia akan mengatur kehidupan duniamu. Penuhilah hak Tuhanmu setiap waktu, nescaya Tuhanmu tidak akan melupakanmu sama ada ketika kamu susah atau senang.


Sayang...


Tiadalah sebesar anugerah buatmu kecuali keredhaan Tuhanmu. Alangkah beruntungnya dirimu tatkala itu kerana dirimu tiada nilainya jika dibandingkan dunia dan seisinya. Sehingga itu kudoakan buatmu, moga ianya benar-benar anugerah Tuhan itu benar-benar menjadi milikmu.



BILA IBU BOLEH MEMILIH

Anakku... Bila ibu boleh memilih..

Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu Maka ibu akan memilih mengandungkanmu...

Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah Sembilan bulan nak... Engkau hidup di perut ibu

Engkau ikut kemanapun ibu pergi Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan

Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, kerana ibu kecewa dan berurai air mata.

Anakku... Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu

Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga

Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua.

Malaikat tersenyum diantara peluh dan iringan rasa sakit, Yang tak pernah ibu ceritakan kepada siapapun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah... Saat paling membahagiakan

Segala sakit & derita sinar melihat dirimu yang merah, Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,

Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu.

Anakku...
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,

Maka ibu memilih menyusuimu, Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan-tegukan yang sangat berharga Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu, Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak rasakan

Anakku... Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang tamu atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle

Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku... Hidup memang byk pilihan...

Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana

Maka maafkanlah nak... Maafkan ibu... Maafkan ibu... Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,

Agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang...

Percayalah nak... Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu...

Percayalah nak...Engkau selalu menjadi belahan nyawa ibu...

Catatan hati Si Penulis :
Buat tman2..fikirkanlah..
Sesungguhnya pilihan ibu adalah pilihan terbaik utk kita..
Jgn menyesal jika pilihannya bermain-main di ingatan kta bila dia sudah tiada..

MAMPUKAH AKU

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya,yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah,
harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....