zwani.com myspace graphic comments

Friday, February 20, 2009

SUDIKH AKU MENJD ISTERI KE-2 ?

بسم الله الرحمن الرحيم
In the Name of God, The Most Gracious, The Most Merciful

Aku tertanya-tanya sendiri...
sudikah aku mejadi isteri kedua?
dimadukan dengan "seseorang" yang tinggi nilainya??
"seseorang" yang bernama perjuangan?
adakah niat untuk menjadi seperti isteri pertama Rasulullah, Khadijah takkan tercapai??
jawapan itu masih jauh untuk dijawab...
jika ia tiba suatu hari nanti...
adakah aku bersedia.....??

Ingin kukongsi di sini...
nukilan Muhtar Suhaili...
fikir-fikirkanlah wahai wanita muslimah...

Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal menjadi seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan!!!


Thursday, February 19, 2009

DUGAAN DEMI DUGAAN




Inilah namanya kehidupan..
Ada ketikanya kita merasakan kesenangan..
Dan ada ketikanya kita merasakan kesusahan
dalam mengharungi dan menjalani kehidupan seharian..
Adakala kita terlalu gembira..
Dan ada juga masa-masa kita bersedih..
Semuanya disebabkan oleh dugaan dalam hidup yg harus kita tempuhi walaupun sangat
sukar utk dilalui dan dihadapi…

Sesungguhnya..
Setiap dugaan yg diberikan..
Haruslah kita hadapi dgn kesabaran yg kuat dan keteguhan hati yg tak pernah luntur…
Setiap dugaan juga mesti ada jalan penyelesaiannya..
Dan tugas kita utk mencari yg mana satu sesuai utk menyelesaikan setiap permasalahan tersebut…

Sememangnya kita akan merasakan kesakitan yg teramat sangat dalam mengharunginya..
Keyakinan itu adalah penting dalam hal ini..
Kita haruslah menetapkan pendirian bahawa kita boleh lakukannya dan selesaikannya..
Jangan pernah toleh kebelakang lagi dan berpatah balik kerana takut..
B strong!!



Catatan Hati Si Penulis :
~Aku yg pasrah~
Semoga diberikan kekuatan...

Sunday, February 15, 2009

SURAT DR IBU




Anakku….
Ini surat dari ibu yang tersayat hatinya. Linangan air mata bertitisan deras menyertai tersusunnya tulisan ini. Aku lihat engkau lelaki yang gagah lagi matang. Bacalah surat ini. Dan kau boleh merobek-robeknya setelah itu, seperti saat engkau meremukkan kalbuku sebelumnya.

Sejak doktor mengabari tentang kehamilan, aku berbahagia. Ibu-ibu sangat memahami makna ini dengan baik. Awal kegembiraan dan sekaligus perubahan psikis dan fisik. Sembilan bulan aku mengandungkanmu. Seluruh aktiviti aku jalani dengan susah payah kerana kandunganku. Meski begitu, ia sedikitpun tidak mengurangi kebahagiaanku. Kesengsaraan yang tiada hentinya, bahkan kematian kulihat didepan mataku saat aku melahirkanmu. Jeritan tangismu menitiskan air mata kegembiraan kami.

Berikutnya, aku layaknya seperti pelayan yang tidak pernah istirehat. Kepenatanku demi kesihatanmu. Kegelisahanku demi kebaikanmu. Harapanku hanya ingin melihat senyum sihatmu dan permintaanmu kepada Ibu untuk membuatkan sesuatu.

Masa remaja pun engkau masuki. Kejantananmu semakin terlihat, Aku pun berikhtiar untuk mencarikan gadis yang akan mendampingi hidupmu. Kemudian tibalah saat engkau menikah. Hatiku sedih atas kepergianmu, namun aku tetap bahagia lantaran engkau menempuh hidup baru.

Seiring perjalanan waktu, aku merasa engkau bukan anakku yang dulu. Hak diriku telah dilupakan. Sudah sekian lama kita tidak bersua, meski melalui telefon. Ibu tidak menuntut macam-macam. Sebulan sekali, jadikanlah ibumu ini sebagai persinggahan, meski hanya beberapa menit saja untuk melihat anakku.

Ibu sekarang sudah sangat lemah. Punggung sudah membungkuk, gemetar sering melecut tubuh dan berbagai penyakit tak bosan-bosan singgah kepadaku. Ibu semakin susah melakukan gerakan.

Anakku…
Seandainya ada yang berbuat baik kepadamu, nescaya ibu akan berterima kasih kepadanya. Sementara Ibu telah sekian lama berbuat baik kepada dirimu. Manakah balasan dan terima kasihmu pada Ibu ? Apakah engkau sudah kehabisan rasa kasihmu pada Ibu ? Ibu bertanya-tanya, dosa apa yang menyebabkan dirimu enggan melihat dan mengunjungi Ibu ? Baiklah, anggap Ibu sebagai pembantu, mana upah Ibu selama ini ?

Anakku..
Ibu hanya ingin melihatmu sahaja. Lain tidak. Bila hatimu memelas dan luluh untuk wanita tua yang sudah lemah ini dan dirundung kerinduan, sekaligus duka dan kesedihan ? Ibu tidak tegar untuk mengadukan keadaan ini kepada Dzat yang di atas sana. Ibu juga tidak akan menularkan kepedihan ini kepada orang lain. Sebab, ini akan menyeretmu kepada kedurhakaan. Musibah dan hukuman pun akan menimpamu di dunia ini sebelum di akhirat. Ibu tidak akan sampai hati melakukannya.

Anakku…
Walaupun bagaimanapun engkau masih buah hatiku, bunga kehidupan dan cahaya diriku…

Anakku…
Perjalanan tahun akan menumbuhkan uban di kepalamu. Dan balasan berasal dari jenis amalan yang dikerjakan. Nantinya, engkau akan menulis surat kepada keturunanmu dengan linangan air mata seperti yang Ibu alami. Di sisi Allah, kelak akan berhimpun sekian banyak orang-orang yang menggugat.

Anakku..
Takutlah engkau kepada Allah kerana kedurhakaanmu kepada Ibu. Sekalah air mataku, ringankanlah beban kesedihanku. Terserahlah kepadamu jika engkau ingin merobek-robek surat ini. Ketahuilah, “Barangsiapa beramal soleh maka itu buat dirinya sendiri. Dan orang yang berbuat jelek, maka itu (juga) menjadi tanggungannya sendiri”.

Anakku…
Ingatlah saat engkau berada di perut ibu. Ingat pula saat persalinan yang sangat menegangkan. Ibu merasa dalam keadaan hidup atau mati. Darah persalinan, itulah nyawa Ibu. Ingatlah saat engkau menyusui. Ingatlah belaian sayang dan kelelahan Ibu saat engkau sakit.

Ingatlah …. Ingatlah…. Karena itu, Allah menegaskan dengan wasiat : “Wahai, Rabbku, sayangilah mereka berdua seperti mereka menyayangiku waktu aku kecil”.

Anakku…
Allah berfirman: “Dan dalam kisah-kisah mereka terdapat pelajaran bagi orang-orang berakal” [Yusuf : 111]

Pandanglah masa teladan dalam Islam, masa Rasulullah SAW masih hidup, supaya engkau memperoleh potret bakti anak kepada orang tua.

Saturday, February 14, 2009

VALENTINE'S DAY


Friday, February 13, 2009

JIKA KTA MENCINTAI SESEORG



Jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar
tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami..
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!!

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya..

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.

Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan

Thursday, February 12, 2009

BUAT PERTAMA KALINYA

Hari ini..
buat pertama kalinya...
nk kene post something kt blog ni..
x pnh tfkir plak nk ada blog ni..
sbb x reti + malas ..even bdk ICT..huhu
lgpun bknnye biasa nk share2 kan apa yg dihati..
selalu smpn sorg2 aje...
tp x pe..bnd br..sronok jugak..=)

Hmm...
dsbbkan dh diamntkan dr kwn utk sama2 manage blog ni..
so, sy proceed je la..
dan alang2, sy buat2 la mcm blog sendr...
n hopefly,dia x ksh..
x pe..kta biarkn shja...=)

N kt sini jugak sy nk share somthing buat kwn2 yg sudi membc..
klu ada yg x suka...
sory lah ye...
semmgnye sy ni x pndi nk mnyngkan hati semua...
N akhir kata...salam perknalan buat semua...=)

Sunday, February 8, 2009

UNTUKMU WAHAI INSAN BERNAMA WANITA

Adam bukan tidak ingin menegurmu..
Bukan jua ingin mengiyakan setiap tingkah laku mu..
Namun terkadang adam hanyut dalam pesona kelembutan dirimu..
Membuatkan kami lalai dan lupa pada tanggungjawab kami sebagai pembimbingmu..

Adam itu dicipta dengan 9 akal..
Namun kerana akal-akal yang banyak itulah, kami banyak berimaginasi..
Banyak juga kerosakan yang kami lakukan di muka bumi..
Sehingga kami lupa pada fitrah kejadian kami sebagai insani..

Duhai wanita..

Adam amat suka kiranya dirimu lebih pandai menjaga dirimu..
Cukupkan ilmumu seadanya yang engkau termampu..
Kerana bukan kami tidak ingin mengajarkan dirimu..
Tapi selagi dirimu belum lagi sah menjadi milik kami, kami amat malu untuk mendekatimu..
Apatah lagi ingin menegur setiap tingkah laku mu..

Ingatlah duhai wanita..
Hiasilah dirimu sebaik-baik hiasan takwa..
Labuhkanlah pakaia
nmu dari pandangan liar adam..
Kuatkanlah akalmu yang
nipis itu dengan iman dan amal..
Jadikanlah Khadijah mahupun Aisyah sebagai model ikutan sepanjang zaman..

Dan juga ingatlah duhai wanita..
Jangan kamu menjadi fitnah bagi adam..
Jangan kamu menjadi umpan syaitan untuk merosakkan iman adam..
Jangan kamu panahkan pandangan dan jelingan kamu pada si adam..
Juga jangan kamu sekali-kali menjadi cuma hiasan duniawi, tiada nilai di ukhrawi..

Sebaliknya jadilah insan penguat dan penolong perjuangan adam..Moga kelak sama-sama kita mengecap nikmat syurga abadi kurniaan Ilahi..