Wednesday, October 27, 2010

Personaliti melalui BLOG~



Wednsday : 27 October 2010.

Da abis 2 paper fnal..

Bgun pun awl..sbb x kene study kn..sronokla dok on9..hehe

Dlam dok on9 tu tbca plak blog CIK CAH pg ni..

Entri yg menarik, even pjg tp x bosan..

Tjuk : Memilih Gadis Berdsarkn Blognye.

http://www.emocutez.com



Bca tjuk pun da trtrik tuk bca isinye..

Nk ltak kt sini mcm pjg sgt..

Ltak link aje yer..hehe.nnt bcala..

---- > puterikebayan.blogspot.com

Apa2 pun 100% agree with his statement..best~

Antaranye..nk share ckit :

(mintak izin copy yer CIK CAH). :)

1. Selain kesungguhan dia manage blog, boleh nampak tidak cara dia komunikasi? Itu yang penting. Perhatikan cara dia menangani komen-komen, anonymos, shoutbox, dan forsmpring dia. Tengok cara dia susun kemasan blog dia untuk senangkan semua visitors. Semua itu menunjukkan sikap dia, emotional intelligence serta kapasiti budi bicara dia. Bukan senang hal ini okey. Semestinya kita boleh tengok sesetengah personal blog, owner dia tak begitu pandai berkomunikasi dan melayan tetamu. kan?



2. Hmm.. Okey. Gadis yang mempunyai blog yang menarik ini juga, kalau dia suka satu-satu benda, nampak sekali dia jaga benda tu betul-betul, hias betul-betul, dan manage betul-betul. Cuba bayangkan kalau dia dah cintakan seseorang? Bila dia manage blog dia semantap itu, bayangkan juga apabila dia manage rumah korang nanti, anak-anak, makan pakai, masak memasak dan kewangan. Perkgh, surga tu beb!



3. Contoh senang aku kasi. Header. Gadis pakai header standard mcm blog aku ni, susah nak teka peribadi dia macam mana. Dia mungkin tak ada masa, atau dah boring tukar header atau memang dia sejenis simple, old fashion dan suka berahsia. Jadi gadis yang berheader standard ni sukar didekati, kena kenal betul-betul baru tahu apesal blog dia header simple lagu tu. Jadi kena baca dulu entry dia. Kalau entry pun sebulan sekali, 10 baris aje pulak tu, maka ketahuilah dia memang tak minat blogging, blog dia langsung tak boleh dijadikan petunjuk. full stop.



4. Itu baru header, belum masuk widget current readers online dia.

Perkatan 'current online' tu dia tukar, jadi benda lain agar nampak lebih vogue. Ada yang, '8 sedang tekun membca', '5 eyes blinks on me',' 2 budak manis sdang skodeng', '8 pengintip ini blog', dan '12 org sdnag bbahgia' hehe. Nak cakap berapa ramai orang online ja, tu ja. Tapi, punyalah kretif. Belum masuk bab komen. 30 orang tinggal jejak, itu biasa. Ada yang '34 org romen'. What?? Haha. 28 orang sayang aku. Macam-macam gaya. Nak cakap berapa orang komen ja. Itu kretiviti, cara penyampaian. Kadang kiasan. Korang kalau nak tekel gadis ini macam kena pandai baca body language dia, kiasan dia dan hint dia. Jangan terlalu beku dalam melayan karenah diorang dan kena rajin teman diorang window shopping di butik Vincci, Simplisiti atau Gucci.



5. Lagi satu, perasan tak kadang-kadang bila kita tengok layout blog seseorang, kita rasa suka sangat dan berkenan. Ia macam masuk dengan citarasa korang sendiri, warnanya, designnya, fontnya dan sebagainya. Itu menunjukkan korang dan tuan punya blog mempunyai banyak 'citarasa' yang common. Bukankah perkara ini cukup baik? Kan? Apalagi, taip kat formspring dia seketul soalan berbunyi 'hai boleh berkenalan, nice blog.' hehe. Kalau kita jumpa blog seorang gadis dan kita tengok layout dia lain macam, 'eh, nape letak profil kat kaki blog?', 'eh, nape kaler tak match?','eh, peliknya kotak komen dia kah kah kah macam gamp***.' Maka kita dah dapat tau ada gap besar pada personaliti kita dan dia, jadi abaikan saja.



6. Itu bab yang sedap, kalau bab tak sedap pula, kalau tak kena gaya, aku rasa telinga yang panas membara dengar 'celoteh' dia nanti ;p. Lebih-lebih lagi yang jenis blog entry dia punya berjela-jela. Tak puas hati satu benda aje, tapi tu dia 10 perenggan dia kasi sembur. Korang tahan aje lah nanti bila entry tu dia publish dalam format mp3. Perkgh, berdesup kat telinga. Tapi takpa la, itu uniknya perempuan. Berleter ni kalau ada kat lelaki, langsung tak kena. Sumpah.



7. Ada juga yang jenis suka tukar header. Esok gambar kanggaroo, lusa dah tukar jadi gambar Rajnikand. Minggu depan tukar lagi. Haa... yang jenis macam ni kena prepare awal-awal. Korang kena fleksibel, tak boleh sentiasa guna posisi sama nanti dia boring dan terus menyebabkan korang turut boring heheheheh. Bukan itu saja, jenis gadis macam ni korang kena banyakkan surprise, buat kejutan, banyakkan keluar bersiar, dan pandai pujuk dia kalau angin dia sentiasa berubah.



8. Yang penting, carilah gadis yang menulis entry sopan, bermanfaat dan kelakar dalam kelas tersendiri. Perkara ini cukup penting. Elakkan mengorat gadis yang entry dia suka kutuk sifat orang. Asyik marah-marah dengan bahasa kasar. (kena bold yang ni) Melalui cerita dia nampak dia terlalu one-sided, langsung tak consider 'situasi orang' yang mungkin berbeza dan bersebab. Bahasa pula ya rabbi. Memanglah personal blog kita boleh claim ikut suka kita nak buat macam mana. Haa... benda personal itulah yang dibawa ke dalam kelambu, dalam kamar, depan tivi, dan kat dapur nanti. Serius! So, boleh aku kata, kita boleh kenal orang lebih tepat melalui 'personal blog' dia.



Ehh da mcm copy sume plak..haha.pjg bebenor..

X pelah, sharing is caring..

Kalo nk yg full version..follow link kt atas tu yer.. :)



Hmm..

Act dulu pun x suka nk ada blog ni..

Sbb nye nilah..

x suka bila ada org bole bca personality melalui blog..

Sdikit sbyak org leh tau cra hdup kta..

Rsa mcm x d privcy plak..

Even title header kt blog ni HIDUP BUKN RHSIA.. ;)

Tp act tu hanya title suka2, tuk sdapkn bhsa .. hehe

Mmg hdup kene ada rahsia sbnrnye..

Mane bole share ngan sume org.. kn?hehe



Tp dsbbkn dh terada..

So bca je lah..analyze la..who is me..

Mana yg bruk tgurla..

Mana yg baik sharelah (mcm ada je)..hehe

Anyway, don’t judge a book by its cover..

Hmm tp :

Most of the cover will exactly tells who u r..isn’t? yess!

So think about it!

http://www.emocutez.com



No comments: